
Program Wayang Pacak Sempena Hari Malaysia / Tayangan Perdana Filem Bravo
Kami sambut Hari Malaysia kerana kami sayang Malaysia.
Kita semuanya berkewajipan berganding bahu bersama-sama membangunkan negara, menjaga perpaduan dan mengelakkan perpecahan.
KRT SKI Fasa 5A telah mengimbau zaman silam dengan mengundang jiran-jiran untuk mengikuti Tayangan Filem dalam program Wayang Pacak sempena Bulan Kebangsaan 2020.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Masjid Umariah Lama merangkap Pengerusi KRT Jalan Harapan 6 iaitu Ustaz Muhammad Rafee dan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan seperti Pengerusi PPDK Klang Utara iaitu Encik Redhduwan Samat.
Program ini telah berjaya menghimpunkan lebih 100 orang jiran-jiran yang ‘osem’ yang sentiasa menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh KRT SKI Fasa 5A.
Perpaduan Di Hati Setiap Rakyat Malaysia