PROGRAM KERJASAMA HARI BERSAMA ANAK-ANAK ISTIMEWA

PROGRAM “FUN WALK” DAN SUKANEKA PPDK DAERAH KLANG

Tarikh: 12 Januari 2025 (Ahad)
Masa: 07.30 pagi – 11.30 pagi
Lokasi: Padang Permainan Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A

Pengenalan

Program Hari Bersama Anak-Anak Istimewa (PROGRAM “FUN WALK” DAN SUKANEKA PPDK DAERAH KLANG) telah diadakan dengan jayanya pada 12 Januari 2025 bertempat di Padang Permainan Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Klang.

Objektif Program

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keperluan dan keistimewaan anak-anak istimewa.
  • Mengeratkan hubungan antara komuniti setempat dengan golongan istimewa.
  • Mewujudkan suasana yang mesra dan inklusif dalam masyarakat.
 

Pengisian Program

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program, antaranya:

  • Zumba: Aktiviti senaman berirama yang disertai oleh peserta dari pelbagai peringkat umur.
  • Funwalk: Acara berjalan santai di sekitar kawasan kejiranan yang bertemakan pakaian berwarna ungu.
  • Persembahan PDK: Memaparkan hasil persembahan dan pencapaian anak-anak istimewa.
  • Sesi interaksi: Masyarakat berpeluang untuk berkenalan dan berinteraksi secara lebih dekat dengan peserta PDK.
 

Kehadiran

Program ini telah disertai oleh kesemua 7 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) yang berdaftar di daerah Klang, selain mendapat sokongan padu daripada penduduk setempat yang hadir dengan memakai baju berwarna ungu sebagai tanda sokongan. Turut hadir adalah Pengerusi KRT Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A, En Adrus Bin Othman, dan Pengerusi Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A, En Mohamad Syafaat Bin Tasriff.

Kesimpulan

Program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dengan sokongan dan penyertaan yang amat menggalakkan. Kejayaan penganjuran ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan masyarakat dan memberikan sokongan berterusan kepada anak-anak istimewa.

Ucapan Terima Kasih

KRT Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A dan Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, terutamanya atas komitmen serta dedikasi yang tidak berbelah bahagi. Terima kasih juga diucapkan kepada Pengerusi PDK Klang Utara, Tuan Haji Redhduwan Samat, Ketua Pengurusan Program PDK Klang Utara En Syaufi Noor Bin Shamsuhar, dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Klang, Encik Mohd Joharye Bin Shafie, atas kesudian mereka memanggil  KRT Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A, dan Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A untuk bekerjasama dalam menjayakan inisiatif ini. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan kemajuan komuniti kita bersama.