Ekspedisi Perpaduan Mendaki Air Terjun Batu Bertenggek

Ekspedisi Perpaduan Mendaki Air Terjun Batu Bertenggek anjuran KRT SKI Fasa 5A dan Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan, menggalakkan gaya hidup sihat, dan meningkatkan penghargaan terhadap alam semula jadi. Dengan perancangan yang rapi dan penyertaan aktif dari semua pihak, program ini dijangka akan berjaya mencapai objektifnya dan memberikan pengalaman yang bermakna kepada semua peserta.

Objektif Program:

  1. Meningkatkan Semangat Perpaduan: Menggalakkan semangat kebersamaan dan kerjasama antara peserta dari pelbagai latar belakang.
  2. Menggalakkan Gaya Hidup Sihat: Mendorong aktiviti fizikal yang sihat melalui aktiviti mendaki.
  3. Menghargai Alam Semula Jadi: Mendidik peserta mengenai kepentingan pemeliharaan dan penghargaan terhadap alam semula jadi.
  4. Membangun Kemahiran Sosial: Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan.
 
Tahniah di atas penganjuran.

Ekspedisi Perpaduan Mendaki Air Terjun Batu Bertenggek,Kerling

Tarikh : 04 Ogos 2024 – Ahad

Jadual Perjalanan

6.45 pagi – 07.15 pagi : Berkumpul di depan kabin KRT SKI Fasa 5A

07.15 pagi – 07.30 pagi : Edaran Sarapan Pagi (Air Kotak + Roti Kacang Merah Gardenia + Pisang Sebiji)

07.30 pagi : Bergerak ke Kem Pelangi, Kerling (sekarang dikenali sebagai Penjara Satelite KKB)

9.15 pagi : Jangkaan tiba di Kem Pelangi.

9.30 pagi : Taklimat ringkas, sesi senaman ringkas dan terus mulakan mendaki.

10.30 pagi : Jangkaan tiba di Tapak Perkhemahan Air Terjun Batu Bertenggek. Peserta akan santai di tapak perkhemahan dan pergi ke Air Terjun Batu Bertenggek. Jarak air terjun daripada campsite kira-kira 5minit melalui tepi sungai dan kawasan berbatu.

10.30 pagi – 2.00 petang : Makan dan mandi

2.30 petang – 3.00 petang : Mula bergerak keluar dari air terjun.

4.00 petang : Tiba di tempat letak bas.

4.30 petang : Cari masjid berhampiran untuk solat Jamak dan Qasar

5.30 petang : Bergerak balik ke Sungai Kapar Indah Fasa 5A.

7.00 petang : Jangkaan tiba di Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A

 

#KRT_Sihat

#KomunitiAktif

#Merdeka67