Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat.
Ini adalah kali ke-2 Kawasan Rukun Tetangga Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A melaksanakan majlis ini sebagai salah satu aktiviti pengikat ukhwah diantara jiran.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kapar YB Dr. Hajah Halimah Binti Ali,Ketua Balai Polis Sungai Kapar Indah Tuan Sarjan Saiful dan Nazir Masjid Kampung Perepat Tuan Mohmad Nazer.
Seramai 110 orang tetamu yang hadir terdiri dari dif-dif jenputan,umat Islam di taman perumahan ini ,barisan AJK dan pelatih dari Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Klang Utara.
Majlis ini diteruskan dengan penyampaian bantuan Aidilfitri kepada adik Aqil Rizqi dan Puan Che Siti Aisah oleh Nazir Masjid Kampung Perepat dan penyampaian duit raya kepada anak-anak yang hadir oleh YB Ahli Parlimen Kapar.
Selain itu YB Ahli Parlimen juga turut menyampaikan duit raya kepada pelatih-pelatih Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Klang Utara sambil diiringi oleh Pengerusi PPDK Redhduwan Samat .
Insya Allah,suasana ukhwah kejiranan ini akan diteruskan demi ummah yang tinggal di taman perumahan ini.
Didoakan Allah SWT mengurniakan pahala dan ganjaran yang sebaiknya kepada semua penyumbang untuk majlis ini.
Mudah-mudahan kita semua dikurniakan bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
#IftarRamadan1444H
#KRT_Sejahtera
#KRT_Selamat
#KRT_BersihDanIndah
#KRT_Selamat
#RamadanAlMubara
Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar.