Program Keselamatan Kejiranan Sempena Program Gerak Rahmah 2023

Balai Polis Sungai Kapar Indah dengan kerjasama Rukun Tetangga yang berdaftar dibawah pentadbiran balai polis ini telah melaksanakan Program Keselamatan Kejiranan Sempena Program Gerak Rahmah “Jom Ronda SRS Perdana ” pada 17 Mac 2023 (Jumaat) yang dijalankan secara serentak di seluruh negara.

Ketua Balai Polis Sungi Kapar Indah iaitu Sarjan Saiful Hairi Bin Nordin bersama dengan anggota telah menyertai dalam program ini.

Skim Rondaan Sukarela (SRS) diwujudkan sebagai salah satu langkah untuk menjaga keselamatan dalam sesuatu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) disamping membantu pihak polis dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

Antara Rukun Tetangga yang menyertai program ini adalah KRT Sungai Kapar Indah Fasa 5A,KRT Sungai Kapar Indah Fasa 2C/2D dan KRT Klang Perdana.

Program ini adalah salah satu siri program di bawah pelaksanaan Program Gerak Rahmah Kembara Perpaduan.

Jom kita saling bekerjasama bagi menjamin keselamatan di kawasan komuniti kita semua.

#KRT_SKI_Fasa5A
#PerpaduanKlang
#GerakRahmah
#JomRonda
#JPNINSelangor
#MalaysiaMadani