Projek Khas Tapak Kabin

Alhamdulillah,telah bermula kerja-kerja menyiapkan tapak kabin untuk Kawasan Rukun Tetangga Sungai Kapar Indah Fasa 5A @ Krt Ski Fasa Lima

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila engkau bermaksud memperbuat sesuatu pekerjaan, maka fikirkanlah akibatnya, jika sekiranya baik, teruskanlah dan jika sekiranya tidak baik (jahat) maka hentikanlah.

(Riwayat Ibnul Mubarak)

Peringkat Asas

Meratakan tapak kabin untuk membuat slab konkrit dari Concrete Ready Mix.

Kami barisan AJK bertungkus lumus dan bermandi peluh dalam melaksanakan Peringkat Asas ini.

Projek ini akan diteruskan sehingga dijangka siap menjelang bulan Ramadhan 1442 Hijrah.

Doakan usaha kecil ini untuk mendapatkan kabin sebagai pejabat urusan KRT SKI Fasa 5A bakal menjadi tanda aras kejayaan kesukarelawan di kalangan AJK KRT SKI Fasa 5A dan budaya menyuburkan aktiviti kemasyarakatan untuk penduduk di taman perumahan ini.

#KRT_SKI_Fasa_5A

#PerpaduanSuatuKebiasaan

#KamiJenteraPerpaduan

#PerpaduanDiSetiapHatiRakyatMalaysia

#JPNIN_Selangor