Majlis Penyampaian Sumbangan Penutup Mulut dan Hidung kepada IPD Klang Utara telah diadakan di Lobi IPD Klang Utara

03 Sept 2020- Majlis Penyampaian Sumbangan Penutup Mulut dan Hidung kepada IPD Klang Utara telah diadakan di Lobi IPD Klang Utara.

Atas dasar perihatin dan menghargai jasa para petugas IPD Klang Utara dalam usaha menangani penularan wabak Covid 19, Kawasan Rukun Tetangga Sungai Kapar Indah Fasa 5A bersama-sama dengan jiran-jiran yang menetap di taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A tampil menyampaikan sumbangan sebanyak 200 kotak bersamaan 10,000 keping penutup mulut dan hidung kepada barisan hadapan negara (PDRM) yang telah bertungkus lumus bertugas tanpa jemu dalam membendung wabak Covid 19.

YDH Timbalan Ketua Polis IPD Klang Utara, Supt Mohd Khairi Shafie telah menerima bantuan penutup mulut hidung ini dari Pengerusi KRT SKI Fasa 5A Mohd Faizal dan telah mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak IPD Klang Utara.

Hasil dari pertemuan itu juga Supt Mohd Khairi telah mencadangkan KRT SKI Fasa 5A untuk mengadakan satu dialog antara pihak PDRM dengan penduduk dan penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Kami di KRT SKI Fasa 5A akan terus komited menerapkan nilai-nilai murni sebagai panduan untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu dalam melakukan perkara-perkara kebaikan.

#KRT_SKI_Fasa_5A

#MembudayakanPerpaduan

#MeraikanKepelbagaian

#KekalkanPerpaduan

#KeamananKesejahteraanKemakmuranMalaysiaTercinta

#MenyemarakkanKeharmonian

#Zon1_Klang

#KRT_SKI_Fasa5A_MemimpinDenganPenuhKasihSayang

#TerimaKasihBarisanHadapanNegaraMalaysia

#SayangiMalaysia_ku

#MalaysiaPrihatin