Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga (JPKRT)

Pada 28 Febuari 2020, Pengerusi dan Bendahari dari Kawasan Rukun Tetangga Sungai Kapar Indah Fasa 5A (KRT SKI Fasa 5A) telah hadiri Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga (JPKRT) Zon 1 Klang Suku Pertama Tahun 2020 di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang di Klang Perdana yang telah dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah iaitu Puan Syahilawani.

Antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini adalah usaha meningkatkan aktiviti perpaduan di kalangan kumpulan sasaran dengan menubuhkan cawangan-cawangan KRT seperti Jiran Warga Emas,Jiran Wanita,Jiran Muda dan Tunas Jiran yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.

Untuk makluman,satu Skim Insuran Kemalangan Diri Berkelompok telah dilaksanakan yang akan memberi manfaat kepada AJK KRT jika ditimpa kemalangan atau musibah semasa melakukan aktiviti atas nama Rukun Tetangga.

Mesyuarat pada kali ini juga turut membincangkan Kad Pengenalan untuk AJK KRT dan jumlah geran yang akan diterima pada tahun 2020.

KRT SKI Fasa 5A mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepada Dr Abdol Aziz Sahat di atas pelantikan sebagai Ketua JPKRT Zon 1 untuk hingga Disember 2021.

#KRTSKI_Fasa5A

#KRTUntukKeselamatan

#KRTUntukKebajikan

#Peace_N_Harmony

#PerpaduanDiHatiSetiapRakyatMalaysia

#PilihPerpaduan