Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A (PKSKI5A) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung DwiTahunan Kali Ke-2 bagi pemilihan jawatan kuasa bagi sesi 2020 – 2021 pada hari Ahad , 23 Febuari 2020 bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Fakhrulrazi Mokhtar yang memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Meru (N42),Selangor.
PKSKI5A mengambil pendekatan untuk meneruskan mencurah khidmat bakti bagi memastikan semangat kejiranan dapat dipupuk untuk membentuk satu masyarakat di Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A yang saling kenal mengenal terutama dalam kebajikan dan keselamatan.
Tuntutan kehidupan hari ini telah menyebabkan masyarakat semakin longgar untuk mengambil tahu soal kejiranan dan tiada masa untuk mengenali jiran mereka.
Pihak AJK Sesi 2020-2021 mengalu-alukan sebarang pandangan dan pertanyaan dari semua penduduk di taman perumahan ini.
Tuan/Puan yang tinggal di Taman Sungai Kapar Indah Fasa 5A boleh memberi pandangan yang membina bagi memastikan taman kita,komuniti kita terus selamat, bersih, dan aman sejahtera untuk kebaikan bersama.
Sekali lagi saya mewakili barisan AJK ingin merakamkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan Mesyuarat Agung Kali Ke-2.
Pihak kami juga berterima kasih atas sokongan hebat yang kami dapat perhatikan pada hari mesyuarat itu, apa yang diharapkan semoga semua penduduk kekal menyokong pergerakan dan kewujudan Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A.
Akhir kata,marilah kita menjalani hidup berjiran bermaksud saling memberikan manfaat antara satu lain dan membawa kebaikan kepada semua jiran-jiran.
Pihak saya akan memimpin barisan AJK Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A bagi sesi 2020-2021 demi memastikan matlamat penubuhan Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A dapat dicapai.
Faizal Bin Ramli
Pengerusi
Pertubuhan Komuniti SKI Fasa 5A
Sesi 2020-2021
Nombor Rumah : 51
Jalan Harapan 7G/KU7
Nombor Telefon : 016-2327958